Monday, February 25, 2008

BUILDING SERVICES- injap dan paip

PENDAHULUAN

Pemasangan injap adalah untuk kedua-dua sistem paip dan sistem paip dalaman. Injap biasanya adalah untuk mengawal pengaliran air sepanjang paip. Paip adalah biasanya dikaitkan dengan pemasangan dalam sistem paip dalaman. Ianya bertujuan untuk megawal pengeluaran air di penghujung paip. Kedua-dua injap dan pili adalah alat yang dikawal dengan menggunakan tangan dan biasanya diperbuat daripada gangsa, tembaga, gunmetal, keluli, plastik atau campuran bahan-bahan ini.

FUNGSI-FUNGSI INJAP
Fungsi-fungsi injap adalah seperti berikut:-

• Mengawal kadar aliran air
• Memberhentikan pengaliran air
• Mengubah hala aliran air
• Melepaskan udara dari dalam paip dan membolehkan udara masuk ke dalam paip apabila paip kosong.
• Melegakan tekanan dari dalam paip.
• Mengurangkan tekanan air
• Mmbuang kotoran dari dalam paip air.




JENIS-JENIS INJAP DALAM SISTEM PEMASANGAN PAIP
DALAMAN

Injap bebola ( ball balves )

Dalam sistem pemasangan paip dalaman, injap bebola digunakan pada tangki simpanan, tangki simbahan, tangki pengurang tekanan dan tangki sedutan. Fungsinya adalah untuk mengawal pengaliran air masuk ke dalam tangki-tangki berkenaan.




PEMILIHAN BAHAN PAIP
Penggunaaan bahan untuk paip dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan untuk paip utama dan bahan untuk sistem pemasangan paip dalaman. Dalam kedua-dua keadaan, pemiliahn paip yang sesuai bergantung kepada faktor ekonomi, kemudahan untuk memasang dan penggunaannya.

Faktor ekonomi meliputi :-
i) aspek-aspek harga bahan
ii) kos pemasangan
iii) kos penyelengaraaan
iv) alat ganti untuk pemasangan
lain-lain kriteria dalam pemilihan meliputi aspek teknikal seperti keadaan tanah, kimia air, tekanan yang diperlukan, kemahiran tukang paip dan bebanan tanah.

JENIS-JENIS PAIP UNTUK PEMASANGAN PAIP UTAMA
PAIP-PAIP SIMEN ASBESTOS (AC PIPES)
Semua pap-paip utama samada untuk paip perkhidmatan, paip agihan, atau paip hantaran ke pam perlulah menggunakan samada Paip Simen Asbestos (AC pipe) atau paip besi tempaan mudah bentuk (ductile cast iron-CI). Kedua-dua jenis paip ini dikelaskan kepada dua jenis iaitu ‘Kelas B’ dan ‘Kelas C’. Kelas B adalah untuk tekanan yang rendah (200 kaki) dan kelas C boleh menanggung tekanan semasa penggunaan yang lebih tinggi (300 kaki).
Paip-paip AC dibuat daripada campuran 3 jenis bahan mentah utama iaitu simen, asbestos, dan silika. Paip-paip ini boleh diperolehi dakam 3 saiz 3 inci-75mm garis pusat meningkat ke 24inci (600mm). Paip-paip AC dikeluarkan dalam ukuran piawai (seoanjang 1 meter tiap-tiap batang).

Kebaikan-kebaikan Paip AC berbanding dengan Paip CI adalah:-
i) Tidak mudah dikakis dan berkarat
ii) Lebih murah.
iii) Lebih ringan dam mudah untuk dipasang
iv) Mudah ditebuk untuk sambungan ke rumah-rumah.

Keburukan pula adalah:-
i) Tidak sesuai untuk pnggunaan tertentu, misalnya untuk pemasangan paip ke rumah-rumah pam, paip yang dipasang menerusi dinding dan paip-paip di bawah permukaan jalan oleh kerana paip AC mempunyai kekuatan yang rendah untuk dibengkok.
ii) Rapuh dan mudah retak/pecah jika tidak cermat mengangkat dan menurunkannya.
iii) Tidak sesuai untuk dipasang pada kawasan permukaan tanah.

Paip-Paip Besi Tuang (Cast Iron Atau CI)
Paip-paip ini diperolehi dalam 3 jenis kelas iaitu B, C dan D. Paip jenis ini mempunyai saiz hingga ke 48 inci. Panjang paip yang boleh diperolehi ialah 9’0”, 12’0”, dan 18’0”
Paip CI perlu ditutupi disebelah dalam dan luar dengan cat-cat bitumin yang bertujuan untuk melindungi paip dari pengkakisan. Paip AC juga perlu dikenakan dengan tindakan yang sama jika penggunaannya adalah dipinggir pantai.
Kebaikan paip
i) tidak berkarat seperti paip besi keluli.
ii) Lebih teguh daripada paip AC

Keburukan paip
i) Rapuh (walaupun lebih teguh daripada AC) dan boleh retak semasa mengangkat dan memunggah.
ii) Berat.
iii) lebih susah menyambungnya.
iv) harganya lebih mahal.
v) bahagian dalam paip berbonjol setelah lama dalam penggunaan.
vi) lebih susah untuk dibaiki bila pecah terutamanya bagi saiz yang besar.

Lain-lain jenis paip
Paip Upvc (Unplasticised polyvinly chloride) dari Kelas C dan D juga boleh digunakan untuk pemasangan paip-paip utama. Paip uPVC , Kelas C boleh menanggung tekanan sehingga 300 kaki dan Kelas D pula sehingga 400 kaki.

NOTA: Dalam kesemua hal, pihak JBA akan mengenakan tekanan sehingga setengah kali ganda semasa ujian ke atas paip tersebut.





Penggunaan Paip Dalaman
Oleh kerana tekanan semasa penggunaan ke atas paip dalaman adalah jauh kurang daripada paip utama, maka lebih banyak pilihan untuk bahan- bahan paip dalaman. Jenis-jenis paip yang selalu digunakan adalah seperti berikut:-
i) uPVC – Paip plastik
ii) GRP- Glass reinforced plastic
iii) HDPE- High Density Polyethylene pipe
iv) Ductile Iron pipe- Paip Besi Mudah Bentuk.
v) Steel Pipe- Paip Besi

Paip HDPE (High Density Polyethylene pipe)
Paip HDPE adalah fleksible dan mudah untuk dibengkokkan dan biasanya digunakan dalam tanah. Penggunaannya adalah untuk sistem bekalan air sejuk terutamanya di bawah tanah oleh kerana tidak mudah rosak disebabka asid dalam tanah. Kebaikannya adalah ianya kuat, ringan, mudah untuk diangkat dan dipasang tidak mengalirkan elektrik.

Paip u PVC ( Paip plastik )
Paip ini digunakan dengan meluas oleh kerana ianya tidak mudah berkarat, ringan dam murah. Oleh kerana demikian, pemasangannya adalah mudah. Mudah untuk dikendalikan dan untuk dibuat sambungan. Tambahan pula dari segi kos, ianya murah berbanding dengan paip-paip yang menggunakan lain-lain bahan. Ia juga mempunyai ketahanan yang baik dari serangan banyak jenis kimia, tetapi penggunaannya di kawasan panas melebihi 70°C perlu dielakkan.

Paip-paip uPVC boleh diperolehi dalam saiz-saiz kecil 3/8” hinggalah saiz paling kecil untuk kegunaan sebagai paip induk. Paip-paip uPVC dikeluarkan sepanjang 20 kaki sebatang. Kebaikan dan kelemahan paip-paip jenis ini adalah:-

Kebaikan:-
i) Ringan sesebatangnya panjang, mudah diangkat, diangkut dan dipasang.
ii) Tahan serangan kimia-kimia biasa
iii) ridak berkarat dan tahan serangan masin.

Keburukan:-
i) Agak lembut dan boleh kemek jika ditindih berat-berat
ii) panas matahari boleh menjadikan garis pusat paip berubah menjadi bujur sedikit dan boleh menyebabkan bocor di penyambung bila dipasang.
iii) mudah rosak dan amat sensitif jika tidak dipasang dengan betul.
iv) pancaran cahaya ultra-violet juga boleh merosakkan

Paip-paip besi keluli lembut
Paip-paip jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil iaitu:-
i) Paip besi berpatri
ii) Paip besi seamless
iii) Paip besi galvanised

Paip jenis (i) dan (ii) boleh diperolehi dalam saiz sehingga sebesar 96”. Paip jenis (iii) lazimnya diperbuat dalam saiz yang tidak besar.

Untuk melindungi paip-paip jenis (i) dan (ii) daripada berkarat, bahagian dalam paip-paip ini biasanya disaluti dengan konkrit dan bahagian luarnya pula disaluti dengan sarung bitumin yang diperkukuhkan dengan bantuan fiber glass. Paip-paip jenis (i) dan (ii) ini dikeluarkan dalam ukuran panjang sehingga 30”

Kebaikan:-
i) Ringan daripada paip CI dan mudah diangkut dan diangkat.
ii) Kekuatan yang tinggi- tidak mudah retak bila terhentak atau terhantuk
iii) Lebih senang diperolehi di negara ini berbanding dengan paip CI.
iv) Specials boleh digubah daripada keratan batang-batang paip untuk menyesuaikan kehendak.

Kelemahan:-
i) mudah berkarat dan perlukan langkah mengawal daripada berkarat.
ii) penyelanggaraan lebih rumit
iii) tidak boleh memberikan tebukan untuk menyambung ke rumah-rumah.

Dalam sistem pemasangan bekalan air sejuk dalam bangunan penggunaan paip besi lembut bergalvani adalah secara meluas oleh kerana murah, kuat untuk tekanan air atau kerosakkan. Piawai dalam spesifikasi yang sesuai adalah BS 1387. Dalam kegunaan paip dalaman, Gred B adalah paling sesuai dan Gred A sesuai untuk paip pengudaraan dam paip limpah.



Kesimpulan
Terdapat banyak jenis bahan untuk pemasangan paip air sejuk. Pilihan dibuat berdasarkan kepada penggunaannya samada untuk paip utama (main paip) atau paip dalaman (internal plumbing). Faktor-faktor ekonomi, kemudahan untuk memasang, kekuatan bahan dan kesesuaian penggunaan adalah kriteria- kriteria yang perku diambilkira dalam pemilihan bahan. Setiap bahan mempunyai kebaikan dan keburukan. Hanya penyesuaian dengan kegunaan dapat menentukan pilihan bahan untuk paip yang paling sesuai.

Sunday, February 10, 2008

LATAR BELAKANG SEKOLAH MENENGAH JALAN KOLAM AIR, BATU PAHAT, JOHOR.

SEJARAH SEKOLAH.

Pada 8 Mei 1962, SMK Jalan Kolam Air telah ditubuhkan. Pada detik permulaannya, SMK Jalan Kolam Air telah menumpang di Sekolah Tinggi Batu Pahat dan dinamakan sebagai Sekolah Menengah Inggeris pada tahun 1967.Pada masa itu, seramai 256 orang pelajar dan 27 orang guru telah berpindah ke bangunan yang baru itu. Setelah 30 tahun berlalu, sekolah ini masih terus membangun dengan peningkatan populasi pelajar dan tenaga pengajaran yang mendadak. Kini, sekolah yang menadi kebanggaan semua penghuninya mempunyai lebih kurarng 2280 orang pelajar, 125 orang guru dan 22 orang staf sokongan. Perkembangan ini merupakan satu tanda permulaan SMK Jalan Kolam Air mencatat kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang.

AHLI JAWATANKUASA


PENGETUA
PN. SALBIAH BTE. YAHYA.

PAMPLET:
MEOR REDZUAN BIN MEOR MOHD. DANIAL

PENYAMBUT TETAMU
ROSLAN B CHE MAT SYAKIRAH BT RIDWAN
SHAHIDA BT YUSUF

PEREKA GRAFIK
NORASLINA BT MAMAT
ROZANA BT HABIZAR

BACKDROP:
NIK NORAIDAH BT ALI BADRUL B ZAKARIA
HJ. PANUT B HJ. ABDUL FATAH.

PENGERUSI MAJLIS
NOORUL FADZILAH BT. ADNAN

KESELAMATAN
ZAINI B. NAWI
GHAZALI B. MARALI
UNIT DISIPLIN

PERSEMBAHAN
HASHIM MOHD ZAIN
MOHD SALLEH B. ALI
RAMLI B. ABD RAHMAN

PAPAN TANDA KESELAMATAN
NIK NORLAILA BT WAN ABDULLAH
MOHD. NOR BIN JUSOH


ATURCARA MAJLIS

8.00
Pelajar dan orang ramai
berkumpul di Dewan Gemilang.

8.10
Ketibaan Pengetua dan PPD
Daerah Batu Pahat Ke Dewan
Gemilang

8.15
Ucapan daripada Pengetua

8.35
Persembahan daripada pelajar.

9.00
Ucapan perasmian daripada PPD Batu Pahat.

9.30
Hadirin bergerak ke Makmal
Komputer Sekolah

10.30
Jamuan ringan dan bersurai







KATA PENUTUP

Pihak sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu daripada Pengetua, staf sokongaan dan semua pelajar SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



















HARAPAN

Dengan sentuhan baru dan lama, SMK Jalan Kolam Air tetap berdiri megah, gagah dan utuh. Walaubagaimanapun, SMK Jalan Kolam Air juga menaruh harapan yang tinggi agar dapaat dicalonkan sebagai Sekolah Bestari serta mencapai sekolah bertaraf lima bintang pada masa yang akan datang. Oleh itu, kerjasama dan sokongan padu setiap warga sekolah adalah diperlukan agar SMK Jalan Kolam Air dapat melangkah ke ambang kegemilangan yang bakal menanti… “ Hari ini kita menangis kerana diuji, mungkin esok kita boleh tersenyum kerana ujian tersebut yang menyebabkan kita memperolehi kejayaan, kecemerlangan, kemenangan, kemasyhuran dan kepuasan yang dicari-cari selama ini.”





ATURCARA MAJLIS
HARI PERASMIAN MAKMAL KOMPUTER.







TARIKH
:
19 JANUARI 2008

MASA
:
8.30 PAGI

TEMPAT
:
MAKMAL KOMPUTER
SMK JALAN KOLAM AIR

DIRASMIKAN OLEH
:
HAJI ALI BIN ISMAIL
PPD BATU PAHAT

Wednesday, February 6, 2008

BUILDING SERVICES

PENGENALAN KEPENTINGAN AIR

v PENGENALAN

Keperluan asas H2O air di bumi.
Pusingan hidrologi bergantung kepada
· Amount tenaga solar yang ada ( matahari )
· Adanya udara di sekeliling untuk membolehkan berlakunya penyerapan wap air.
· Adanya air untuk membolehkan proses penyejatan,


v SUMBER-SUMBER AIR

70% Bumi diliputi air.
97% air laut, 3% air sungai, tasik bawah tanah, salji dan sebagainya.
Tanggungjawab sesebuah kerajaan
Air domestik diperolehi daripada :
· air hujan
· air permukaan
· air dari dalam tanah.

v KUALITI AIR YANG BAIK

Tidak berwarna
Tiada pepejal terampai.
Tiada rasa dan bau
Bebas dari bakteria merbahaya.
Menjamin kesihatan.

v OBJEKTIF BEKALAN AIR

Membekalkan air yang berkualiti sesuai dan kualiti yang mencukupi untuk kegunaan penduduk.
Pihak Lembaga Bekalan Air / Jabatan Bekalan Air / JKR.
Melibatkan proses berikut:
· Pemilihan punca air ( mentah ) yang tidak teruk tercemar.
· Mengadakan rawatan yang setimpal ( rawatan air ada 8 langkah )
· Menentukan sistem agihan yang tiada pencemaran.
· Tiada pencemaran / pembazian dalam sistem dalam ruamh.

v KEGUNAAN BEKALAN AIR

Domestik –purata aliran domestik – kurang 230 liter / orang / hari.
- 40%- 60%
Perdagangan- kawasan peniagaan, kedai dan pejabat.
Pertanian dan penternakan – ladang, kebun dan kawasan penternakan haiwan, pemprosesan bahan industri.
Awam- minum, masak, mandi, membersihkan kotoran.

v PERANAN PIHAK YANG MENGENDALIKAN BEKALAN AIR

Menjalankan kajian tehadap keperluan air.
Menjalankan proses rekabentuk.
Membina sistem bekalan tersebut.
Menjalakan proses operasi sistem tersebut.
Menjalankan proses penyelenggaraan sistem tersebut.
Mejalakan proses kutipan hasil sistem tersebut.
Untuk membekalkan air dan dan boleh diharapkan.
Jika ada ganguan, tahap minima.

v PERATURAN BEKALAN

JBA menggariskan peraturan bekalan air bertujuan:
· Menghalang belakunya pembaziran
· Penggunaan berlebihan
· Penyalahgunaan
· Pencemaran
· Penggunaan alatan yang sesuai

v PROSES DAN KOMPONEN SESEBUAH SISTEM BEKALAN AIR

Proses yang berlaku dalam sistem bekalan air:
· Air diambil dari sumber
· Air dibersihkan dari bahan- bahan fizikal dan kuman-kuman.
· Air disalurkan ke tangki-tangki simpanan.
· Air disalurkan dari tangki simpanan ke paip retikulasi.
· Air di salurkan dari paip retikulasi ke tangki-tangki dan kegunaan di rumah.